Cita-Cita Saya
Saya bercita cita untuk menjadi seorang doktor perubatan.
PENGENALAN Kerjaya Pilihan
Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayatberkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness).
Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit
PENGENALAN Kerjaya Pilihan
Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayatberkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness).
Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit
Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitandoktor dan doktor bedah.Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, samaseperti jawatan perubatan (profesi medis).
Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulanmanusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit.
Kelebihan-Kelebihan Menjadi Seorang Doktor Perubatan
- dapat membantu menyelamatkan nyawa manusia
- subjek pembelajaran yang menarik, tidak terbatas dan tiada penghabisannya
Ciri-ciri untuk Menjadi Seorang Doktor
· Berminat dengan profesion ini
· Sentiasa membantu pesakit
· Menguasai bidang sains dan matematik
· Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris
· Tidak takut dengan darah
· Berkeupayaan melakukan pemeriksaan dan pembedahan
· Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat
· Berkemahiran berkomunikasi dan mengorganisasi dengan baik
· Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka;
· Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah;
· Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan;
· Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis;
· Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktukecemasan;
· Sihat tubuh badan, kebolehan mental dan stamina fizikal
· Boleh menghadapi perubahan mengejut dari rutin kepada krisis dan sebaliknya;Berkemahiran berkomunikasi;
· Sentiasa ingin tahu tentang bagaimana ubat-ubatan boleh memperbaiki hidup;
· Kemahiran dalam kebolehan pengurusan.
Tokoh / Model Kerjaya yang dipilih
Tan Sri Dr. Salma Ismail dilahirkan pada 19 Disember 1918 di Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kampung Bahru Girls' School dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultanah Asma Alor Star, Kedah. Beliau telah lulus dan memperolehi Junior Cambridge pada tahun 1934 dan Senior Cambridge pada tahun 1935. Beliau merupakan calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Dengan kelulusan yang amat baik beliau dapat melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of Medicine di Singapura pada tahun 1936 dengan mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau di anugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1949.
|
LALUAN KERJAYA untuk menjadi seorang Doktor
Untuk menjadi seorang doktor, individu itu harus sekurang-kurangnya Ijazah Doktor Perubatan daripadauniversiti yang di iktiraf kerajaan. Siswazah kedoktoran yang akan berkhidmat sama ada di sektor awam atau swasta adalah tertakluk kepada Medical Act.1971. Bakal doktor perlu memohon kepada Majlis Perubatan Malaysia untuk
Provisional Registration
dan seterusnya menjalani latihan amali selama tidak kurang daripada 12 bulan dihospital yang diluluskan. Selepas tamat latihan amali barulah siswazah layak untuk memohon
Full Registration
dengan Majlis Perubatan Malaysia sebagai pegawai perubatan dan dikehendaki berkhidmat dengan kerajaan di bawah Perkhidmatan Wajib (Compulsory Service).
SUMBER RUJUKAN
http://informasikerjaya.blogspot.my/2012/04/normal-0-false-false-false-en-us-ko-x.html
http://afterschool.my/bm/kerjaya/kerjaya-doktor-dan-pegawai-perubatan/
http://www.mykedah2.com/20hall_fame/201a_5.htm
Comments
Post a Comment